Tuesday, 28 May 2013

Subuh

mata di buka.
azan dari athan apps di off.
wajah di raup.

dia bangkit.
bantal empuk itu di tepuktepuk.
cadar di tarik.
gebar dikebas dan disusun semula.

selipar berbulu persis kucing baka Himalayan di sarung.
-shiver-
dia kesejukan. menuju ke pintu.
suhu pemanas udara dinaik kan ke 28'C.

paip air sinki di buka serdahana perlahan.
toothpaste di picit lalu gigi di berus.
selesai itu, gigi di sugi.

dia mencapai pencuci muka Dermalogica.
wajah di cuci. bersih.

dia menuju ke paip.
bismillahirahmanirahim.
wajah di bilas tiga kali.
di ikuti tangan, lengan hingga ke siku. tiga kali setiap belah.
telinga pula di bilas. juga tiga kali.
anak rambut dibasahkan. sejuk. desis hatinya. namun tetap dibilas tiga kali.
akhir sekali kaki nya dibilas tiga kali setiap belah.
segalanya dilakukan begitu tertib.sungguh indah.
doa dibaca..

dia membentangkan sebuah karpet kecil berlambangkan kaabah.
berpandukan athan apps lagi, dia menentukan arahnya.

dia melihat ke cermin.
memastikan aurat nya tertutup sempurna. dan dia kelihatan kemas. dan bersih. dan wangi.
pewangi bilik disembur.memberikan ketenangan emosi.
pewangi badan juga di calit ke badan.

dia berdiri menghadap arah bentangan karpet itu.
tegak. diam. niat nya dibaca.
Allahuakbar. takbir diangkat..

Solat Subuh ditunaikan...

hatinya cukup tenang.

mencintai Pencipta.
mengenali Pemilik hatinya.
merindui pesuruhNya.

kota Rome tampak sungguh indah tatkala mentari terbit menyinari..

~

terima kasih buat awak yang menyedarkan saya tentang Tuhan.

No comments:

There was an error in this gadget