Tuesday, 28 May 2013

Subuh

mata di buka.
azan dari athan apps di off.
wajah di raup.

dia bangkit.
bantal empuk itu di tepuktepuk.
cadar di tarik.
gebar dikebas dan disusun semula.

selipar berbulu persis kucing baka Himalayan di sarung.
-shiver-
dia kesejukan. menuju ke pintu.
suhu pemanas udara dinaik kan ke 28'C.

paip air sinki di buka serdahana perlahan.
toothpaste di picit lalu gigi di berus.
selesai itu, gigi di sugi.

dia mencapai pencuci muka Dermalogica.
wajah di cuci. bersih.

dia menuju ke paip.
bismillahirahmanirahim.
wajah di bilas tiga kali.
di ikuti tangan, lengan hingga ke siku. tiga kali setiap belah.
telinga pula di bilas. juga tiga kali.
anak rambut dibasahkan. sejuk. desis hatinya. namun tetap dibilas tiga kali.
akhir sekali kaki nya dibilas tiga kali setiap belah.
segalanya dilakukan begitu tertib.sungguh indah.
doa dibaca..

dia membentangkan sebuah karpet kecil berlambangkan kaabah.
berpandukan athan apps lagi, dia menentukan arahnya.

dia melihat ke cermin.
memastikan aurat nya tertutup sempurna. dan dia kelihatan kemas. dan bersih. dan wangi.
pewangi bilik disembur.memberikan ketenangan emosi.
pewangi badan juga di calit ke badan.

dia berdiri menghadap arah bentangan karpet itu.
tegak. diam. niat nya dibaca.
Allahuakbar. takbir diangkat..

Solat Subuh ditunaikan...

hatinya cukup tenang.

mencintai Pencipta.
mengenali Pemilik hatinya.
merindui pesuruhNya.

kota Rome tampak sungguh indah tatkala mentari terbit menyinari..

~

terima kasih buat awak yang menyedarkan saya tentang Tuhan.

Saturday, 18 May 2013

Sakura.

strumming in.
drum bergema.
keyboard memulakan melodi.

"louder"

musik semakin rancak. micstand di capai.

"better" isyarat thumbs up di sua.

"when the sun.. that i call. ...."
nyanyian nya menggalakkan suasana.

suasana East Side Night Club tidak pernah muram.
anakanak muda mahupun warga dewasa menghabiskan masa di situ.
menari minum menghabiskan masa yang kelebihan..perhaps.

namun, jiwanya kosong.
dia masih tidak dapat menafikan, dalam ruang yang padat itu,
dia masih rasa KOSONG.

.....

taman itu di penuhi bungabungaan mekar di awal February.
kaktus, orked, mawar, cryssanthemun..

argh bukanlah itu tujuannya ke situ.

matanya melilau ke arah padang menghijau.
di situ sebuah jalan berbata merah membelah padang .
sepanjang jalan itu dihiasi beberapa pohon sakura berbunga lebat.
bangku bangku putih pula setiap satu tersusun di bawah rimbunan setiap sakura.

satu susuk tubuh menjamah mata.
mata khusyuk membaca barisan ayat sebuah buku.

dia menghapiri susuk itu.
basikal diparkir di bawah pohon sakura.

angin bertiup sedikit kencang.
'hujan' sakura membuatkan suasana bertambah tenang dan menyenangkan.

"khusyuknya."
dia memecah suasana.
melabuhkan punggung di sebelah insan itu.

bisu..
dia menikmati suasana.

tidak semena insan itu bersuara.

"awak rasa dunia ni aman tak?"

dia hampir ketawa.
"aman la. as long as i get what i want." dia tersenyum meleret.

beberapa ketika.. diam lagi..

"so, what's in your mind?"

lambatlambat dia menjawab. selamba.
"you."

jawapan nya tiada mendapat riak insan itu.

sekadar berbahasa dia menyoal pula.
"and you?"

belum sempat dua saat berdetik, lidah itu pantas memberi jawapan.

"Allah. and His bless."

.....

"hey! hey! are you okay?????!"

seluruh kelab kejang. terkejut.
sedang dia rancak memelodikan lagu, sekelip mata dia terjelupuk di pentas itu.

~dengarlah aku. suara hati ini memanggil namamu...~

Pantai

Dia melihat awan.
terik matahari menembusi langit Dahab.

telinga di sumbat "island in the sun".
kipas angin di pasang selaju mungkin.
41'C tak akan hilang bahang nya dengan angin begini.desisnya perlahan.
sprite lite di tuang kedalam segelas ais.

pagi itu dia menyewa sebuah ATV.
di tunggang nya hingga entah ke mana.

suasana padang pasir kuning tampak indah di dampingi angkasa biru.

sehingga lah dia tiba di sebuah pantai.

subhanallah.
dia terpana.

laut yg tenang itu berkilauan.
pelbagai warna menyerlah.
dia memati kan engine atv.
kasut di buka. stokin di lempar ke tepi. seluar di sinsing paras lutut. helmet entah ke mana. kain kee terbang melayang.

dia berlari lari bagai kanakkanak riang.
dia berlari seolah tidak pernah melihat pantai.
berlari lari sambil ketawa keriangan.
dia berlari sehingga lah dia lelah.jatuh. rebah. terbaringg...

dia memandang langit di atas nya.

tidak semena.. air mata mengalir..

mata terkatup.

wajah yang sama terbayang lagi
~

"saya suka awak. tak! saya rasa saya jatuh cinta dengan awak!"

"lebih indah jika awak mencintai Pencipta lebih dari segalanya"

"pencipta? pencipta apa?"

"tahukah awak kita ada pencipta.? pencipta saya awak kita alam kita bumi dan seisi nya.."

"macam mana saya nak cinta pencipta jika saya tak tahu pun ia wujud?"

"kenali lah"

"bagaimana?"

"alam ini."

Thursday, 16 May 2013

Jalanan

langkah disusun rapi.

kaki lima hingar.
pejalan-pejalan kaki tegar memeriahkan suasana.

mentari terik terpancar.
namun bahang tiada tarasa.
permulaan april. hati tersenyum.

di jalanan pelbagai ragam terhias.

mereka berbasikal.
mereka membeli belah.
mereka berduduk-dudukan sekadar me-relax-kan diri

mereka dengan pasangan
mereka dengan keluarga
mereka dengan rakan-rakan
mereka yang sendirian.
dia tunduk..

pertama kali menjejakkan kaki di sini suatu ketika dahulu,
dia lemas.

lemas dengan dunia yang bising
lemas dengan dunia yang tidak pernah lelap
lemas dengan dunia yang tidak pernah menghiraukan kehadirannya.

derap kaki terhenti.
di sini. ya! di sini.

di sini lah buat pertama kali nya dia mula merasakan dunia sungguh bererti.

mata di pejam.
tidak pernah lelah menanti.

wajah itu hadir, sekali lagi.

~

Wednesday, 15 May 2013

Coffee House.

hujan di luar masih lebat.
titik-titik air mengalir menuruni jendela.

dia menopang dagu.

latte' sudah suam.
black forest masih belum terusik.

suasana cafe-house agak tenang.
wooden contemporari design membuatkan suasana terasa elegant.
pasti pemilik terilham dengan manga 'Kouru's Cake House'.
loceng digantung di pintu.
pelayan pula mengenakan pakaian seragam.
tulip segar menghiasi setiap meja.
mozart symphony 40 in Gminor dimainkan.

dia memilih kerusi tinggi bersebelahan jendela.

melayan perasaan.

beberapa pelanggan sedang menikmati suasana.

dia merenung.

satu pasangan sedang rancak bercerita.
wajah si gadis riang.
senyuman mekar.
bibir merekah kemerah-merahan tampak jelita.
terserlah kebahagian di hatinya..

dia mengalih pandangan.

seorang lelaki di usia senja.
membaca akhbar.
sedang mocha di meja sudah hilang bahang nya.

"barangkali dia kesunyian" desis hati .

kelihatan pula seorang gadis.
rambut paras bahu di selit belakang telinga.
menghirup vanilla coffee ais.
matanya basah.merah.
sedang dihadapan nya buku "Bussiness Management Study" .

"icy drink in the rainy day. probably she is trying to accept one hard decission." sigh.

ting ting ting

sekumpulan remaja berpakaian bola keranjang masuk. Agak kebasahan dek gerimis di luar.

suasana hingar seketika.

sedang sekumpulan remaja itu 'memeriahkan' suasana,
dia mengalih pandangan ke jendela di sebelah.

kaki di biar tergantung.
tangan kiri masih menopang dagu sedang jari kanan bermain dengan bibir cawan latte'

mata memandang suasana luar.
lalu lintas sibuk.
pelbagai ragam kelihatan.
mereka dengan payung.
mereka berbaju hujan.
kanakkanak ber-boots hujan.

namun yang di cari tidak pernah muncul.

"sunyi"bisik hati.

dia memejam kan matanya.

masih tergambar wajah yang sama.

~

There was an error in this gadget