hujan di luar masih lebat.
titik-titik air mengalir menuruni jendela.
dia menopang dagu.
latte' sudah suam.
black forest masih belum terusik.
suasana cafe-house agak tenang.
wooden contemporari design membuatkan suasana terasa elegant.
pasti pemilik terilham dengan manga 'Kouru's Cake House'.
loceng digantung di pintu.
pelayan pula mengenakan pakaian seragam.
tulip segar menghiasi setiap meja.
mozart symphony 40 in Gminor dimainkan.
dia memilih kerusi tinggi bersebelahan jendela.
melayan perasaan.
beberapa pelanggan sedang menikmati suasana.
dia merenung.
satu pasangan sedang rancak bercerita.
wajah si gadis riang.
senyuman mekar.
bibir merekah kemerah-merahan tampak jelita.
terserlah kebahagian di hatinya..
dia mengalih pandangan.
seorang lelaki di usia senja.
membaca akhbar.
sedang mocha di meja sudah hilang bahang nya.
"barangkali dia kesunyian" desis hati .
kelihatan pula seorang gadis.
rambut paras bahu di selit belakang telinga.
menghirup vanilla coffee ais.
matanya basah.merah.
sedang dihadapan nya buku "Bussiness Management Study" .
"icy drink in the rainy day. probably she is trying to accept one hard decission." sigh.
ting ting ting
sekumpulan remaja berpakaian bola keranjang masuk. Agak kebasahan dek gerimis di luar.
suasana hingar seketika.
sedang sekumpulan remaja itu 'memeriahkan' suasana,
dia mengalih pandangan ke jendela di sebelah.
kaki di biar tergantung.
tangan kiri masih menopang dagu sedang jari kanan bermain dengan bibir cawan latte'
mata memandang suasana luar.
lalu lintas sibuk.
pelbagai ragam kelihatan.
mereka dengan payung.
mereka berbaju hujan.
kanakkanak ber-boots hujan.
namun yang di cari tidak pernah muncul.
"sunyi"bisik hati.
dia memejam kan matanya.
masih tergambar wajah yang sama.
~
No comments:
Post a Comment