Pages

Thursday, 16 May 2013

Jalanan

langkah disusun rapi.

kaki lima hingar.
pejalan-pejalan kaki tegar memeriahkan suasana.

mentari terik terpancar.
namun bahang tiada tarasa.
permulaan april. hati tersenyum.

di jalanan pelbagai ragam terhias.

mereka berbasikal.
mereka membeli belah.
mereka berduduk-dudukan sekadar me-relax-kan diri

mereka dengan pasangan
mereka dengan keluarga
mereka dengan rakan-rakan
mereka yang sendirian.
dia tunduk..

pertama kali menjejakkan kaki di sini suatu ketika dahulu,
dia lemas.

lemas dengan dunia yang bising
lemas dengan dunia yang tidak pernah lelap
lemas dengan dunia yang tidak pernah menghiraukan kehadirannya.

derap kaki terhenti.
di sini. ya! di sini.

di sini lah buat pertama kali nya dia mula merasakan dunia sungguh bererti.

mata di pejam.
tidak pernah lelah menanti.

wajah itu hadir, sekali lagi.

~

No comments: