Saturday, 7 September 2013

Jangan dipersia..

flight tiket dibuka.

Departure : WEDNESDAY 24 Sep Etihad Airways EY 0411 departing : 20:35 

dia mengeluh..

jam di tangan di lihat.

6:45 petang.

gate check in telah di buka..

dia resah. seperti biasa, saban tahun, hatinya berat.
berat untuk meninggalkan keluarga tercinta. 
mungkin ditinggalkan setahun, mahupun dua tahun lamanya..



..........



seusai solat asar,
dia bermalasan di atas katil single empuk yang setia menjalinkan hubungan tanpa comitment selama lebih 3 tahun bersamanya.
phone di scroll.
entah mengapa.. hati nya rasa resah.
dia mengeluh.
dalam bening petang renyai hujan membasahi bumi itu.,
wajah yang sama singgah di benaknya,
wajah yg telah lama menyepi.
menyepi tiba2..

matanya membuntang.
jiwa nya dikejutkan status wanita itu.

   "hello everyone. pray for my save flight today going back to egypt around 6:45pm check in. :) "



housemate nya di sapa

"weh. ifa dah nak fly petang ni"

"hah? kau biar betik? jangan nak seloroh lah"

"nah kau baca lah!"

rakannya terdiam sejenak.

"kau xnak jumpa dia?"

"entah. aku rasa aku x diperlukan dalan hidup dia..."

"mana boleh macam tu farid! kau kejar lah dia.at least. say something to her. at least, bagi lah harapan kat dia. you are not broken just bent away!"

"ah. malas lah aku. nnti aku wassap la dia."

"ah kau. cakap senang. kalau kau lewa macam tu, nampak sangat kau x hargai dia"

"sape cakap aku xhargai dia? kalau x ape guna aku stalk dia hari2? lepas dia menghilang macam tu je?"

"tu la kau bahana sosial media. aku xnak cakap apeape. kalau kau betul serius dengan dia, at least.. meet her."

dia terdiam. jiwanya berbelah bahagi. jam dilihat . 4:45petang. 

"sempat lagi ke aku nak kejar? kereta aku masuk workshop. nak kena tahan teksi lagi. leceh nya. "

rakannya mencampak kan kunci kereta ke ribanya.

"kau jangan banyak alasan"



.......



6:50 petang.
dia sudah mula mundar mandir..

"kakak nak check in dah ke?"

sapa ibunya..

"ibu rasa?entah la bu. kakak rasa berat je kaki ni nak tinggalkan ibu"

"kamu jangan nak berseloroh. tango, viber, wassap, line kan ada."

"haha ibu ni. buat lawak pulak.tango x sama. wassap x sama. viber xsama. line pun x sama. kakak x boleh peluk ibu.."

"kamu berat nak pergi. sebab kamu tunggu farid datang kan?"

"ha. ape ibu ni. x ada lah bu. kakak dah lama lupakan dia." dia senyum. sebak. resah..

"bu, "  dia berdiri. " kakak rasa, kakak nak check in dah bu. "

ibunya memeluknya. satu persatu ahli keluarganya memeluknya. 
nasihat demi nasihat diberi. airmatanya mengalir.
mungkin boleh jadi ini lah kali terakhir mereka bersua muka..

setelah passport dan tiket di 'check' polis balai ketibaan.

dia menuruni escalator.

tiba di bawah. dengar riuh bunyi di atas. 

dia berpaling. melihat keatas.

airmatanya tumpah lagi..


"awak!! sorry saya lambat sikit!! saya tau awak tak leh nak naik dah sebab xde excalator nak naik. saya pun tak leh turun sbb saya xde tiket tak de passport!"

dia menekup bibirnya. air matanya turun laju.

"awak! saya harap saya tak terlambat lagi.! tapi saya nak bagi tau awak.! rasa saya kat awak masih tetap sama, macam dulu dan sekarang! tak lebih tak kurang!"

suasana hingar.bunyi kuat jeritan jejaka itu menarik perhatian. orang ramai mula berkumpul melihat sandiwara petang itu.

"awak! saya xkan lupa untuk doakan awak 5 kali sehari. saya harap awak pun macam tu! "


dia tersenyum. tiada suara dapat dia balasi. suara nya terkunci. dia hanya mampu senyum dan mengangguk laju. tangannya di lambai lantas memasuki kaunter electronic checking passport . 

setelah check in dan duduk di ruang legar hall balai pelepasan, dia mengeluarkan phone nya.

ada satu message di dalamnya

"we are not broken. just bent away. hope Allah guide us. never let this love controlled by nafsi"

dia tersenyum. mcg itu di balas 

"idiot.stupid. why u have to jerit2 macam monkey tadi? memalukan! wassap kan ada.!"







sekian. sekadar imajinasi ,
dah lama x menulis cerpen .
okay yang kali ni kurang memberi manfaat agaknya.
dan kurang puitis n situational imagination.
enjoy. :)

Thursday, 5 September 2013

Wanita



wanita,
jangan jadi seperti bunga.

kerana rapuhnya ia,
perlu dimanja
perlu di baja 
perlu di sirami setiap hari..

tiba masa matang nya dia..

di petik.
dibuang durinya.
di hias dengan kaca balang,
untuk menghiasi ruangan kamar.

akhirnya ia,.
kelayuan.
kelopak demi kelopak jatuh ,patuh akan graviti
patuh fitrah ilahi..








wanita,, jadilah diri mu seperti air..


mengalir dari  atas,
merendah dirinya, membasahi tanah ditumpahi
garangnya air hujan, turunnya,
bersama petir dan halilintar..
tenangnya ia, membeningi suasana kali yg mengalir..

ia menyubur dan terus menyubur,

walau manusia tidak pernah menghargainya,
walau manusia sering mengeluh, tatkala ia membajiri dunia.

wanita,,
jadilah seperti air..

walau hadirnya tidak dihargai,
terusan mencurah bakti..
hilangnya,, tercari-cari...


There was an error in this gadget