wanita,
jangan jadi seperti bunga.
kerana rapuhnya ia,
perlu dimanja
perlu di baja
perlu di sirami setiap hari..
tiba masa matang nya dia..
di petik.
dibuang durinya.
di hias dengan kaca balang,
untuk menghiasi ruangan kamar.
akhirnya ia,.
kelayuan.
kelopak demi kelopak jatuh ,patuh akan graviti
patuh fitrah ilahi..
wanita,, jadilah diri mu seperti air..
mengalir dari atas,
merendah dirinya, membasahi tanah ditumpahi
garangnya air hujan, turunnya,
bersama petir dan halilintar..
tenangnya ia, membeningi suasana kali yg mengalir..
ia menyubur dan terus menyubur,
walau manusia tidak pernah menghargainya,
walau manusia sering mengeluh, tatkala ia membajiri dunia.
wanita,,
jadilah seperti air..
walau hadirnya tidak dihargai,
terusan mencurah bakti..
hilangnya,, tercari-cari...
No comments:
Post a Comment